KUALA LUMPUR, 25 FEB: Kerajaan menyediakan dana sehingga RM64 bilion dalam bentuk subsidi, bantuan serta insentif sebagai usaha meminimumkan kos sara hidup melalui kawalan harga barang, bantuan kewangan dan memberi perkhidmatan kepada rakyat.
PUTRAJAYA, 25 FEB: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik beberapa inisiatif dalam pembentangan Belanjawan 2023 apabila menerima peruntukan kedua terbesar dengan peningkatan 12 peratus kepada RM36.3 bilion berbanding RM32.4 bilion tahun lalu.
KUALA LUMPUR, 25 FEB: Program Iltizam Selangor Sihat (ISS) dijadikan model kepada Kerajaan Perpaduan untuk memperkenalkan Skim Perubatan Madani.
KUALA LUMPUR, 24 FEB: Kerajaan menyediakan lebih RM500 juta untuk menyelenggara Rumah Angkatan Tentera dan membaik pulih kuarters kediaman dan institusi di bawah Kementerian Dalam Negeri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SHAH ALAM, 24 FEB: Sebanyak RM10 juta akan disumbangkan kepada Yayasan Restu bagi edaran segera cetakan 20,000 naskhah terjemahan al-Quran dalam bahasa Sweden dan bahasa asing utama dunia.
OLEH SHAMZ JOHAN SHAH ALAM, 24 FEB: Serangan purbasangka, kebhinekaan antara perkataan unik disebut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus menarik perhatian sidang dewan ketika membentangkan Belanjawan 2023 sebentar tadi. Anwar menggunakan perkataan 'serangan purbasangka' ketika...
KUALA LUMPUR, 24 FEB: Kerajaan bersetuju menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 kepada ahli yang berusia 40 hingga 54 tahun dengan simpanan kurang RM10,000 dalam Akaun 1.
KUALA LUMPUR, 24 FEB: Jumlah had pelaburan individu Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan ditingkatkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 sebelum ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SHAH ALAM, 24 FEB: Penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 pada April ini.
KUALA LUMPUR, 24 FEB: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan meminda aktanya untuk membolehkan pemberian geran bersamaan 80 peratus daripada nilai gaji yang diinsuranskan pekerja bagi menggalakkan kaum wanita kembali bekerja, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SHAH ALAM, 24 FEB: Diskaun sehingga 20 peratus akan diberikan untuk pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai 1 Mac ini.
KUALA LUMPUR, 24 FEB: Golongan pesawah dan pekebun kecil getah yang bertarung dengan cuaca tidak menentu terutama sewaktu musim tengkujuh, turut tidak terkecuali daripada mendapat manfaat dalam Belanjawan 2023 melalui pemberian pelbagai subsidi.
SHAH ALAM, 24 FEB: Kerajaan Persekutuan bersetuju menaikkan elaun 35,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) kepada RM1,1000 bermula tahun ini.
SHAH ALAM, 24 FEB: Isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 layak menerima sumbangan tunai menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemas kini.
KUALA LUMPUR, 24 FEB: Sebuah pasukan khas di bawah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) akan ditubuhkan khusus untuk mengekang aktiviti pornografi kanak-kanak.
KUALA LUMPUR, 24 FEB: Kerajaan menyediakan RM10 juta bagi geran pengoperasian sebagai usaha mengukuhkan peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).
SHAH ALAM, 24 FEB: Kerajaan akan melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan miskin untuk meningkatkan potensi pendapatan.
SHAH ALAM, 24 FEB: Kerajaan akan melaksanakan projek membina jalan dan jambatan Sungai Sepang bagi mengatasi isu kesesakan yang menjejaskan lokasi tumpuan pelancong.
KUALA LUMPUR, 24 FEB: Khazanah Nasional Bhd akan menerajui pembentukan Tabung Warisan Negara untuk menarik penyertaan swasta bagi memulihkan bangunan-bangunan warisan bersejarah.
SHAH ALAM, 24 FEB: Putrajaya akan menyediakan subsidi yuran taska RM180 sebulan dan menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah daripada RM5,000 kepada RM7,000.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.